PERSIDANGAN PERANCANG PERINGKAT KEBANGSAAN 2020

PERSIDANGAN PERANCANG PERINGKAT KEBANGSAAN 2020 – SEMPENA DENGAN HARI PERANCANGAN BANDAR SEDUNIA 2020

 

Persidangan Perancangan Bandar 2020 (National Planning Congress, NPC) merupakan acara tahunan yang dianjurkan bersama oleh Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP) dengan kerjasama Center for Advanced Studies on Islam, Science, and Civilisation (CASIS), KasehDia dan Universiti Awam (Universiti Teknologi MARA (UiTM) , Universiti Teknologi Malaysia (UTM) , Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), dan Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS) dan disokong oleh PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa) serta Lembaga Perancang Bandar Malaysia. Persidangan ini adalah sebahagian dari acara sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2020, yang disambut secara serentak di semua negara pada 8hb November setiap tahun.

Di peringkat kebangsaan, pelbagai acara sambutan dianjurkan oleh pelbagai badan yang terlibat dalam perancangan bandar termasuk pihak MIP. Persidangan Perancangan Bandar Peringkat Kebangsaan ini merupakan acara utama dalam kalendar sambutan. Persidangan ini merupakan platform perkongsian pengalaman antara pihak kerajaan, swasta, komuniti, academia serta pihak berkepentingan yang lain berkenaan cabaran dan keperluan perancangan bandar yang baik serta inklusif.

 

 

WhatsApp Image 2020-10-23 at 09.59.19.jpeg